Minggu, 08 April 2012

Boboiboy

Boboiboy

Boboiboy promo.jpg
Boboiboy ialah sebuah siri animasi Malaysia yang di terbitkan oleh Animonsta Studios.Ia berkisarkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu berpecah menjadi tiga, bersama rekan-rekan nya yang melindungi Bumi dari ancaman makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu Koko.
Siri Boboiboy di terbitkan dalam format HDTV , dan di jadualkan bersiaran di TV3 mulai 13 mac 2011 ,dan Disney Channel Asia mulai 18 Jun 2011.Manakala Musim Kedua Boboiboy akan bersiaran di TV3 pada penghujung bulan Mei 2012 .Seperti musim pertama,musim ini juga terdiri dari 26 episode . Jika dala sirianimasi Upin dan Ipin,’’betul-betul’’ menjadi kata yang di sebutkan,dalam siri Boboiboy pula ‘’terbaik’’menjadi kata pilihan. Hampir setiap episod perkataan tersebut di gunakan.



Kisah

Musim pertama (2011)

BoBoiBoy yang berasal dari bandar datang ke Pulau Rintis sempena cuti sekolah untuk menolong datuknya, Tok Aba menjaga warungnya, Tok Aba's Kokotiam. Di sana, dia bertemu dengan kawan-kawan baru iaitu Yaya, Gopal dan Ying. Pada masa yang sama, datangnya Adu Du dan konco-konconya Probe dan Komputer dari planet Ata Tatiga ke Pulau Rintis untuk mencuri koko istimewa Tok Aba yang didapati sebagai sumber tenaga yang paling kuat. Setelah mengejar pencuri koko itu, BoBoiBoy berkawan dengan robot ciptaan Adu Du yang melarikan diri, iaitu Ochobot yang memberinya kuasa-kuasa elemen angin, tanah dan petir, serta kebolehan berpecah menjadi tiga orang dirinya yang masing-masing memiliki kuasa satu elemen tersebut.
Dalam pertarungan antara BoBoiBoy dan Adu Du sepanjang cuti sekolah, kawan-kawan BoBoiBoy turut terlibat, maka Ochobot memberi Yaya kebolehan terbang dan angkat berat, Ying kebolehan memecut sepantas bunyi, dan Gopal menukar benda menjadi makanan. Demi menyaingi peningkatan kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya serta menyelesaikan misi mencuri koko, Adu Du bersiap dengan bermacam-macam taktik untuk meningkatkan kuasa dan pengaruhnya di Bumi, termasuk mengerah robot hamba, Multi-Monster dan menculik kawan-kawan BoBoiBoy demi kuasa mereka, tetapi semuanya gagal akhirnya.
Adu Du mengambil kesempatan ke atas kelemahan terbesar BoBoiBoy ketika berpecah menjadi tiga, iaitu daya ingatan cepat terjejas jika berpecah terlalu lama, dan menculik BoBoiBoy Petir untuk dipisit dan diseksa. Seksaan ini membuat BoBoiBoy Petir tidak terkawal kemarahannya sehingga menjadi seorang 'hamba' Adu Du sendiri yang jauh lebih berkuasa daripada dahulu. Akan tetapi, "BoBoiBoy Halilintar" berjaya dijinakkan dan mudah diterima sebagai kuasa baru BoBoiBoy.
Ketika leka bermain permainan video Papa Zola bersama Gopal, Adu Du menggodam permainan itu dan menyerap mereka berdua dalam alam permainan demi mengalahkan mereka dengan mudah. Rancangan Adu Du itu sekali lagi dipatahkan dengan bantuan Tok Aba, Yaya dan Ying, dan BoBoiBoy dan Gopal selamat keluar bersama wira permainan tersebut, Papa Zola, bersama musuh ketatnya Raksasa Tidur yang bersekongkol dengan Adu Du untuk memerangkap BoBoiBoy, Papa Zola dan kawan-kawan dalam alam mimpi. Oleh itu, mereka semua bertarung dalam permainan dam haji dalam alam mimpi Raksasa Tidur hingga berjaya demi kelangsungan hidup.
Dalam cubaan seterusnya untuk mengetepikan saingan BoBoiBoy dan kawan-kawan, Adu Du menyamarkan sejenis cecair pengacau emosi dalam bentuk susu kambing sebagai umpan untuk BoBoiBoy yang diminta tolong membuat biskut bersama Yaya. Ketika itu, BoBoiBoy berpecah lagi dan BoBoiBoy Angin memikul tanggungjawab tersebut, dan dialah yang membubuh 'susu' itu dalam biskut Yaya. Sekali menguji biskut Yaya, BoBoiBoy Angin naik gila dan menyebarkan biskut-biskut ke merata pekan; makan sekali lagi, kuasanya meningkat lagi maka BoBoiBoy Angin bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan. Mujurlah BoBoiBoy Taufan dijinakkan oleh BoBoiBoy Halilintar dan kebijaksanaan Ochobot yang mengubati kegilaannya dengan telenovela.
Masa hampir tiba untuk BoBoiBoy pulang ke tempat asalnya, tetapi Adu Du tidak mudah kalah dan berurusan dengan seorang penjual senjata haram sebagai langkah terdesak untuk menewaskan BoBoiBoy. Akan tetapi, urusniaga itu tidak berjalan dengan lancar sehingga Probe menggadai kapal angkasanya bagi pihak Adu Du demi sebuah robot pemusnah bernama Mukalakus yang dikuasakan dengan tenaga koko yang diperah dari . Dalam pertarungan terakhir dengan Adu Du, seluruh geng BoBoiBoy nyaris tumpas di tangan mecha yang serba perkasa ini, tetapi BoBoiBoy Tanah sempat meningkatkan kuasa dalam keadaan tertekan menjadi BoBoiBoy Gempa, lengkap dengan raksasa tanah kawalannya yang cukup setanding untuk mengecundangkan ancaman terbesar yang pernah dihadapi mereka selama ini.

Musim kedua (2012)

Enam bulan selepas pemergian BoBoiBoy dari Pulau Rintis, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis untuk bersama kawan-kawan barunya. Dalam musim ini, dia bertemu dengan seorang lawan baru.
Musim Kedua BoBoiBoy akan bersiaran di TV3 pada penghujung bulan Mac 2012. Seperti Musim Pertama, musim ini juga akan terdiri daripada 26 episod.[4]

Siaran TV

Negara/RantauSaluranMula TayanganCatatan
Bendera Malaysia MalaysiaTV3Mac 2011Musim Pertama dan seterusnya
Bendera Malaysia Malaysia
Bendera Singapura Singapura
Bendera Indonesia Indonesia
Bendera Brunei Brunei
Bendera Thailand Thailand
Bendera Filipina Filipina
Bendera Vietnam Vietnam
Bendera Kemboja Kemboja
Disney Channel AsiaJun 2011Musim Pertama dan seterusnya